BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Kehidupan di Perantauan

Di sini..aku sendiri
Di sini..aku berjuang
Di sini..aku bdikari
Di sini..aku bercita-cita

merenung kehidupan di perantauan
mengejar impian ku
hidup untuk 'peperangan' ini
demi kebanggaan ibu bapaku

Kehidupan ku di perantauan
telah mengajar aku erti perjuangan
perjuangan yang sebenar

Yakin!Usaha!dan..berdoalah yang ku lakukan
setiap masa
setiap hari
agar mendapat 'anugerah' yang diidam2kan.

Tuesday, January 19, 2010

UKM,Universiti Kebangsaan Malaysia yang ku pilih sewaktu dipilih menjadi salah seorang pelajar bagi progam belajar di luar negara untuk setahun(SAP).Gembira,excited and sedih pun ada..hmmm tidak pernah berjauhan selama ani & lagi-lagi dengan keluargaku yang tersayang.

Di UKM,semester pertama memang sibuk dengan mendaftarkn diri,menyusun jadual dan menyesuaikan diri juga dengan keadaan di sana.Cara pembelajaran UKM & UBD sama saja.Perbezaannya di sini lebih menekankan lagi untuk bekerja keras berbanding UBD yang santai.Itu yang mencabar bagiku.

Semester kedua di UKM,aku sudah semakin tahu bagaimana rentak gaya UKM :).Setiap hari dijalani dengan penuh harapan dan semangat untuk membawa kejayaan ini pulang.Semoga semester terakhirku di sini akan lebih cemerlang.

Ya Allah berikanlah aku keredhaanMu dalam perbuatanku,pekerjaanku dan pembelajaranku.